05 Desember 2017 A35-003 takes off from Fort Worth. (photo : AustralianAviationCarl Richards) The Royal Australian Air Force’s third F-35A Lightning II, A35-003, has completed its first flight. Photographer Carl Richards captured these images of A35-003 taking off on its first flight, from Naval Air Station Joint Reserve Base Fort Worth, on December 1. The aircraft is due to be delivered to Luke Air Force Base, Arizona in early 2018 to be used for pilot and maintainer training, before being permanently relocated to Australia in 2020. A35-003, known to its manufacturer Lockheed Martin as AU-3, had its RAAF markings, including its 3 Squadron tail flashes, applied in early November, the final phase of the aircraft’s production process. 3 Squadron is due to become the first RAAF F-35 operational unit. ( AustralianAviation )
30 Oktober 2017
Pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 TUDM (photo : TK)
KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan penambahbaikan ke atas semua pesawat pejuang jenis Hawk 108 milik pasukan keselamatan berkenaan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan semua pesawat berkenaan berada dalam keadaan baik.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara itu dilakukan kerana siasatan mendapati masalah teknikal pada kerangka sawat menjadi punca pesawat pejuang Hawk itu terhempas dan mengorbankan dua juruterbang TUDM di Chukai, Terengganu pada pertengahan Jun lalu.
“Punca kejadian itu menjurus kepada masalah teknikal di bahagian rangka sawat pesawat terbabit. Sebagai tindakan susulan, kita sudah membuat penyelenggaraan terhadap dua pesawat Hawk 108 pada bulan lalu.
“Pesawat berkenaan sudah diuji dan dalam keadaan baik. Kami akan membuat penyelenggaraan terhadap semua pesawat jenis yang sama secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.
Pada 15 Jun lalu, dua juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Mejar Mohd. Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemukan terbunuh pada pukul 2.30 petang kira-kira 54 kilometer dari Pangkalan TUDM Kuantan selepas pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka terhempas di kawasan hutan di Chukai.
Sementara itu, Affendi berkata, pusat pemerintahan Markas Wilayah Udara 1 yang sebelum ini ditempatkan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dipindahkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada tahun depan.
Beliau berkata, pemindahan itu akan turut melibatkan 200 pegawai dan anggota markas berkenaan.
“Sehubungan itu, kita kini melakukan proses penambahbaikan di Pangkalan Udara Kuantan sebagai persediaan. Kita membina bangunan baharu dan kuarters.
“Diharapkan ia dapat disiapkan pada hujung tahun ini supaya perancangan memindahkan Markas Wilayah Udara 1 dapat dilakukan tahun depan,” katanya.
(Utusan)

Comments
Post a Comment